Sains Kertas 1- Soalan Objektif

Teks: Hasnol bin Harun

Soalan 1 hingga 5

Soalan 1
Pembakaran hutan telah menyebabkan jerebu. Untuk mengurangkan jerebu maka pihak berkuasa perlu melakukan pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan dengan menyemburkan sejenis bahan X. Bahan X yang disembur ke atas awan menjadikan awan bertambah sejuk dan terkondensasi lalu turun sebagai hujan.
Bahan X yang dimaksudkan ialah:

A Soda bikarbonat
B Gula
C Natrium klorida
D Cuka

Soalan 2
Puan Maznah kehabisan cuka semasa sedang memasak acar. Antara bahan berikut yang manakah paling sesuai digunakan untuk menggantikan cuka dalam acarnya.

A Jus epal merah
B Jus limau kasturi
C Air kelapa
D Air teh

Soalan 3
Antara ciri-ciri makanan yang berikut, manakah menunjukkan makanan yang telah basi?

A Bau yang menyelerakan
B Tekstur yang berubah
C Rasa yang enak
D Segar

Soalan 4
Apakah fungsi gigi kacip?
A Menyiat makanan
B Memecahkan makanan
C Memotong makanan
D Melumatkan makanan

Soalan 5
Tanah ini mempunyai pengaliran air yang paling lambat. Nyatakan jenis tanah ini.
A Tanah kebun
B Tanah liat
C Tanah paya
D Tanah pasir



Jawapan
1 C
2 B
3 B
4 C
5 B